Sabtu, 9 Januari 2010

TEORI PERKEMBANGAN JACK GOODY

TEORI PERKEMBANGAN JACK GOODY


Teori Perkembangan Jack Goody telah mendapat perhatian meluas dalam bidang Psikologi sejak kajiannya dikemukakan lagi. Kajiannya menerang dan menjelaskan tentang prinsip-prinsip asas sesebuah pembangunan secara konseptual dan teoritikal. Beliau juga secara tidak langsung menghuraikan bidang ilmu yang berhubungkait dengan peringkat-peringkat pembangunan sesebuah organisasi dalam masyarakat yang dinamik dan pelbagai. Pengenalan teori yang diilhamkan oleh Jack Goody ini telah mendapat perhatian oleh ramai ahli psikologi untuk dijadikan sebagai salah satu alternatif rujukan ilmiah mereka. Walaubagaimanapun, teori dan kajiannya tetap menerima kritikan teutama yang berkaitan dengan kelemahan teori dan metodologi yang digunakan.

KELEBIHAN TEORI JACK GOODY

1. MENEKANKAN PEMBANGUNAN SPIRITUAL DAN METERIAL

Penekanan kepada dua elemen yang sinonim dengan kehidupan manusia ini adalah penting bagi mencapai proses keseimbangan fizikal dan rohani seseorang individu. Ianya secara tidak langsung membantu manusia memenuhi tuntutan fitrah melalui pengaplikasian segala item spiritual dan metarial dalam kehidupan sehari-hari mereka. Selain itu, kewujudan teori tersebut juga seakan-akan mencerminkan satu kesempurnaan kehidupan berasaskan rohani dan jasmani manusia sekaligus menjadi pemangkin kepada pembentukan sistem kemasyarakatan yang utuh dan maju.

2. KEBOLEHUKURAN PEMBANGUNAN SECARA KUANTITATIF
Dalam pengenalan teori jack goody yang mana isi kandungannya banyak menceritakan dan menanggapi tentang fungsi serta peranan agama dalam kehidupan, beliau secara peribadinya telah mengutarakan bahawa sesebuah pembangunan itu boleh diukur tahap modifikasinya secara kuantitatif. Ini bermaksud, produk pembangunan yang ada disekeliling manusia dan dihasilkan oleh mereka sendiri dapat dicerakinkan keberkesanannya dengan menggunakan peralatan-peralatan tertentu. Dalam hal ini, jack goody akan mengaplikasikan kaedah pengiraan matematik untuk mengetahui tahap-tahap sesebuah pembangunan dalam sesuatu kawasan atau masyarakat. Justeru, ianya telah memudahkan sesebuah masyarakat khususnya pihak pemerintah iaitu kerajaan untuk menyusun strategi dalam mencapai kemuncak pembangunan yang seimbang dan universal.


KRITIKAN DAN KELEMAHAN TEORI JACK GOODY

1. KEGAGALAN PENGAPLIKASIAN TEORI TERHADAP SESETENGAH MASYARAKAT

Tidak dinafikan bahawa teori Jack Goody dari segi kesempurnaannya adalah melebihi teori-teori pembangunan yang diutarakan oleh tokoh lain. Konsep dan rasional teori tersebut boleh dilihat dikatakan berkembang secara holistik kerana memenuhi tuntutan fitrah manusia yang meliputi keperluan spiritual dan material. Hampir semua kelompok masyarakat yang berbeza sosio budayanya dapat menerima idea-idea yang diperkenalkan oleh Jack Goody. Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah kelompok masyarakat dibeberapa buah wilayah yang sukar sama sekali menerima teori tersebut. Sebagai contoh, ketaksuban masyarakat Afrika terhadap nilai-nilai spiritual telah mengakibatkan mereka menolak arus pembangunan fizikal dalam kehidupan sekililing. Ini mengakibatkan kelompok masyarakat Afrika sukar untuk mencapai kemajuan Sustainable seperti yang dijelaskan oleh Jack Goody.

2. KESUKARAN PENERIMAAN AKIBAT DARIPADA PERBEZAAN AGAMA

Kita harus mengetahui akan corak serta kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah masyarakat di dunia. Terdapat banyak garis pemisah yang wujud antara kelompok masyarakat tersebut yang akhirnya tindakan serta pemikiran mereka akan disandarkan kepada fungsi dan peranan agama masing-masing. Oleh yang demikian, secara konseptualnya kita dapat melihat ketidaksamaan ideologi dan modifikasi tingkah laku antara sebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain. Begitulah hal yang berlaku terhadap penerimaan terhadap teori Jack Goody, kerana tidak semua idea-ideanya berlandaskan kepada agama sesebuah masyarakat. Sebagai contoh, masyarakat Islam, boleh menanggapi teori Jack Goody tersebut secara pendapat semata-mata dan bukannya menerima bulat-bulat kecuali telah diperbincangkan secara kritis dan analiktis.

3. PERSPEKTIF DAN PERLAKSANAAN PEMBANGUNAN YANG BERBEZA
Secara teorikalnya, Jack Goody telah menyatakan bahawa pembangunan yang bersifat Sustainable atau stabil mestilah menekankan kepada perihal kesepaduan antara spiritual dan material. Ketidakseimbangan kedua-dua item akan mengakibatkan ketidakseimbangan proses sosialisasi dalam sesebuah masyarakat. Sebenarnya, teori yang diperkenalkan oleh jack goody ini sudahpun diterima dan diguna dalam merealisasikan pembangunan manusia. Walaubagaimanapun, satu yang perlu ditanggapi secara jelas disini ialah kewujudan variasi kelompok manusia yang mempunyai ciri-ciri,nilai, serta pegangan yang tersendiri tentang konsep pembangunan. Mereka memandang pembangunan melalui kaca mata mereka. Ini adalah sesuatu yang bersifat normal kerana setiap masyarakat didunia ini mempunyai cara hidup berdasarkan pandang hidup masing-masing yang tersendiri. Apa yang dilakukan di Barat misalnya, mustahil untuk dilaksanakan di Timur dan begitulah sebaliknya. Tegassnya, konsep pembangunan adalah berbeza mengikut perspektif sesbuah masyarakat.


PENAMBAHBAIKAN TEORI JACK GOODY

Teori adalah satu gagasan idea yang berkonsepkan keilmuan dan kebiasaannya ditanggapi sebagai suatu yang bersifat ilmiah untuk diletakkan sebagai asas kepada pemahaman terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku. Terdapat pelbagai jenis teori yang datangnya daripada berbagai-bagai bidang kajian ilmu seperti ilmu sains, sains sosial, ekonomi, politik, agama, budaya dan lain-lain lagi. Setiap satu daripadanya pula, menyenaraikan ramai ahli psikologi yang mendominasi bidang kepakaran masing-masing. Justeru, melaluinyalah para ahli psikologi mencurahkan ide-ide yang rasional dan logikal dalam mentafsirkan sesuatu bahan kajian. Namun demikian, satu yang mesti kita semua ketahui adalah tidak semua teori yang diilhamkan itu dapat diterima oleh masyarakat. Apatah lagi teori-teori yang menjelaskan tentang pembentukan serta kejadian manusia kerana ianya akan bersangkut paut dengan nilai-nilai pegangan setiap manusia itu sendiri. Ringkasnya, sesuatu teori itu adalah bersifat tidak sempurna dan dicerminkan sebagai kontradikisi Hitam Putih (baik/buruk).

Perluasan Konsep Teori Jean Piaget Kepada Segenap Lapisan Masyarakat.

Bilamana kita membicarakan akan konsep, maka secara tidak langsungnya kita akan menyentuh tentang penerimaan setiap masyarakat terhadap makna dan idea konsep tersebut. Begitulah yang dimaksudkan dengan teori jean piaget ini. Segala prinsip daripada teori yang ditarakan beliau haruslah merentasi segenap budaya dan pemikiran masyarakat di seluruh pelusuk dunia. Hal ini adalah kerana, manusia secara zahirnya mendiami setiap kawasan di dunia yang biasanya disebut sebagai wilayah, negara atau benua. Dan mereka perlu mengecapi nikmat pembangunan seperti yang diungkapkan oleh Jean Piaget iaitu pembangunan spiritual dan material. Tegasnya, jean piaget tidak seharusnya menggunakan konsep teorinya hanya berdasarkan masyarakat yang wujud di tempatnya sahaja. Beliau perlu mengambilkira akan ciri-ciri budaya dan nilai-nilai pegangan norma setiap masyarakat. Misalnya, masyarakat Afrika, Eskimo, dan Orang asli dan sebagainya. Apa yang perlu ditekankan dalam pengukuhan teori tersebut ialah perubahan terhadap beberapa idea teorinya demi pembaharuan terhadap seluruh lapisan masyarakat dunia.

0 comments: