Selasa, 12 Januari 2010

ISU PENGGUNAAN NAMA “ALLAH” OLEH ORANG BUKAN ISLAM (KRISTIAN)

ISU PENGGUNAAN NAMA “ALLAH” OLEH ORANG BUKAN ISLAM (KRISTIAN)

Ini adalah isu yang sebenarnya sangat menarik perhatian saya selaku mahasiswa untuk melontarkan pandangan yang agak bertentangan dengan majoriti masyarakat Islam di Malaysia.
Pertama sekali saya terlebih dahulu ingin memohon maaf, sekiranya apa yang bakal disampaikan adalah sensitif bagi penganut agama lain.

Saya sebenarnya, tidak mempunyai masalah sekiranya hak penggunaan nama “Allah” itu diberi kepada agama lain khususnya agama Samawi yakni Kristian. Dalam Al-quran sendiripun ada merakam pernyataan sedemikian. Rentetan sejarah awal Islam yang lampau juga turut menyebut "Allah" sebagai merujuk kepada Tuhan orang2 bukan Islam. Oleh itu, saya melihat disini bahawa...persoalan yang penting dan harus difikirkan secara munasabah khususnya umat Islam di M'sia pada ketika ini ialah kewajipan untuk menjaga serta memelihara Akidah Tauhid yang Murni agar tidak mudah diserang oleh pemikiran liberal agama lain. Kadang2 umat Islam pada hari ini terlalu risau tentang 1 perkara yg sebenarnya tidak terlalu serius di mata agama tetapi bisu tentang 1 perkara yang sebenarnya dipandang serius oleh agama yakni kepentingan memelihara Aqidah yang 1. Walaubagaimanapun, sebagai menjaga dan mengelakkan kemaslahatan atau kepincangan masyarakat Msia yang berbilang kaum tercetus sehingga mampu menimbulkan rusuhan dan ancaman bahaya, maka saya kira penggunaan nama "Allah" buat masa ini haruslah disekat. dan kalaupun diteruskan juga mestilah dikawal penggunaanya agar tidak melanggar akta perkara (11) perlembagaan persekutuan negara.


Memang tindakan membakar pusat ibadat agama lain dan tindakan yang seumpamanya boleh mencetuskan permusuhan kaum serta agama di negara ini. Tetapi permusuhan tersebut tidak akan parah sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan yang cekap dan bijaksana. Saya mengambil peluang ini untuk menjelaskan kepada saudara Non muslim yang lain, sebenarnya tindakan membakar pusat ibadat seperti kuil dan gereja adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang bersifat Salam (sejahtera). Hatta dalam peperangan sekalipun, tentera Islam adalah diilarang melakukan beberapan perbuatan. Dan diantaranya ialah memusnahkan tempat2 ibadat agama lain. Ringkasnya, tindakan membakar tempat ibadat agama lain sememangnya akan mampu mencetuskan permusuhan antara kaum jika ianya berterusan keranaperkara tersebut adalah melibatkan sensitiviti dan hak kebebasan bergama di negara ini.


Saya ingin menyatakan bahawa, Isa sebenarnya adalah tidak bersifat Islamik untuk diamalkan oleh Msia sebagai sebuah negara Islam. Apa yang dipertikan dalam Isa adalah berkenaan dengan prosedur penahanan yang sebenarnya bersifat tidak adil kepada suspek dakwaan. Akan tetapi, dari aspek menjaga keamanan negara, saya berpendapat ISA boleh mencapai matlamat tersebut kerana ianya melibatkan tindakan penguatkuasaan oleh sebuah pihak yang sangat berautoriti di negara ini iaitu kerajaan. Saya cuma tidak bersetuju dengan isi kandungan ISA.


Tindakan yang sewajarnya untuk meneutralkan isu ini adalah melalui saluran perundangan, perdebatan serta dialog antara agama. Walaubagaimanapun, kaedah tersebut mungkin akan hanya dihayati oleh pihak executive tertentu dan bukanya org2 awam. Justeru saranan saya agar menyekat penggunaan nama “Allah” tersebut buat sementara waktu, dan kalaupun mahkamah memutuskan penggunaan nama tersebut oleh agama lain dibolehkan maka syarat atau guideline sebagai sekatan daripada menjadi "suatu dakyah" adalah satu keperluan yang sangat wajar seperti yang utarakan oleh Dr Asri Zainul Abidin (Mantan Mufti Perlis).


SEKIAN...

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

betul saya sokong...huhu

KHAIRUL AZHAR MASRI berkata...

T.kasih atas sokongan saudara.