Khamis, 8 April 2010

Hasil Nukilan Sahabatku... Terbaik~

Alli Naser April 5 at 3:25am
Ritihan Si Suci

Inilah takdirku
dari si pelaku.
Bukan dari tuhanku.

Ya Allah ya tuhanku,
Lindungilah si pelaku.

Aku yakin kasihnya ada padaku,
Sepanjang waktu.

Terima kasih ibuku.
Jasamu tetap ku buku.
Walau begini aku dilaku.


allifa87
3.15 a.m
5/4/2010

"PERMULAAN CERPEN"~~~

Hanya Aku Yang Mampu

Detik silam yang penuh kepura-puraan menerpa benak fikiranku. Aku tersedar seketika tatkala sinar mentari memancar setia di raut wajahku. Ketika itu aku sekali lagi terlewat untuk bangun subuh. Sudah acapkali penyesalan berbisik merisik kalbu. Aku seperti biasa, berazam dan bersungguh akan mengubah tabiat buruk itu meskipun jauh dari sudut hati, itu adalah sekadar ilusi basi yang konsistensi. Namun, sebagai seorang Muslim, aku tetap bersangka baik. Aku selalu berusaha memperbaiki diri agar bertambah sukses dan maju dalam hidup. Itulah yang termampu buat diriku...

Ahad, 4 April 2010

BILA PENA BICARA...

Walau hati kecil ini sering ditimpa nista, dilanda dusta bernanah fitnah. Dihempap hampa sehingga rebah. Nmun akal dan jiwa tidak sesekali mengaku kalah, kerana jasad yang dipersenda punya Allah s.w.t. disamping Rasulullah s.a.w penawar duka & lara. Ya Allah ya Tuhanku bantulah aku mengahadapi fitnah...

Khamis, 18 Mac 2010

PENUNTUT IPT TIDAK DILINDUNGI JIKA DITAHAN

Akhir-akhir ini isu sensitif yang melibatkan soal agama sering digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak. Seperti yang kita tahu, isu ini sudahpun menular kenegara luar yang mana sekali gus memburukkan dan mencalarkan nama Malaysia yang selama ini dianggap bersatu padu dan sentiasa harmoni. Dengan wujudnya isu ini, pelbagai spekulasi dibuat bagi menjadikan isu ini bertambah hangat. Isu pembakaran gereja yang berlaku baru-baru ini adalah lanjutan daripada polemik penggunaan kalimah Allah yang berlaku baru-baru ini. Kejadian ini berikutan daripada kekeliruan masyarakat sehingga menimbulkan tanggapan yang negatif dari masyarakat dan dalam masa yang sama timbul syak wasangka dan persepsi yang negatif antara sesama penganut agama.

Lebih-lebih lagi apabila terdapat kes yang melibatkan pelajar yang dikatakan terlibat dalam insiden menbakar gereja berdasarkan tulisannya di laman sosial Facebook.Laman sosial tersebut telah dilahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menyuarakan pendapat tanpa berfikir akibat yang akan diterima. Seperti yang diketahui, laman sosial tersebut merupakan laman sosial bagi menuarakan pendapat yang membina, berkongsi maklumat yang berfaedah, dan berhubung dengan teman baru ataupun lama. Tetapi kini laman sosial tersebut sudah disalahgunakan oleh pelajar khasnya.
Seperti yang diperkatakan oleh Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Seri Chua Jui Meng menegaskan isu penggunaan kalimah Allah yang menyebabkan pembakaran gereja dan rumah ibadat adalah isu politik dan bukannya isu agama. Beliau menyifatkan UMNO menggunakan isu tersebut untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun apa yang berlaku PAS dan Pakatan Rakyat menyokong penggunaan kalimah tersebut.
"Selepas kejadian pembakaran gereja tersebut, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pergi melawat kawasan tersebut menyebabkan Umno terkejut dengan tindakan PAS. Ditambah pula selepas pembakaran tersebut, penganut agama Kristian mengampuni orang membakar gereja mereka," katanya. Chua turuy merasakan pembakaran gereja di Desa Melawati dan dua gereja di Petaling Jaya adalah sebagai usaha UMNO untuk merampas semula kuasa Pakatan Rakyat di Selangor.

Setelah satu negara tahu tiga buah gereja diganasi, sebuah lagi gereja berjaya diganasi tanpa adanya kawalan oleh pihak polis. Seharusnya pihak polis telah menempatkan anggota di selurh gereja di Kuala Lumpur jika benar mereka ingin menjaga ketenteraman awam. Tidak kelihatan ada usaha yang serius daripada kerajaan dan polis untuk membendung perkara ini daripada terus merebak. Malahan “terroris” kelihatan seperti mendapat restu daripada pihak tertentu yang mahukan negara berada dalam keadaan huru-hara agar darurat dapat dilaksanakan.
Situasi politik pada hari ini seumpama Malaysia sebelum berlakunya tragedi 13 Mei 1969 dimana kerajaan yang memerintah telah kehilangan banyak kerusi dan hilang kepercayaan daripada sebahagian besar rakyat Malaysia. Jika Malaysia berada dalam keadaan darurat, maka parlimen dapat digantung dan Majlis Keselamatan Negara dapatlah ditubuhkan.

Berdasarkan daripada pelbagai pendapat yang dikemukakan, dapat dirumuskan bahawa setiap kesalahan yang dilakukan oleh para pelajar tidak seharusnya dilindungi terutamanya kesalahan yang melibatkan ancaman nyawa dan keselamatan. Walaupun terdapat Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), tetapi pada hakikatnya pelajar itu tidak seharusnya menganggap bahawa diri mereka akan sentiasa dilindungi. Dengan pindaan akta yang telah dilakukan pada tahun lalu yang mengatakan bahawa hak keistimewaan dan perlindungan pelajar telah diubah semula maka setiap kesalahan yang dilakukan pelajar tidak semestinya akan diselesaikan melalui AUKU.
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995.
Menteri Pelajaran waktu itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Akta Pindaan A295, seperti Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C dan lain-lain yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Matlamat utama[2]terhadap pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 tersebut yang kekal sehingga kini ialah menghalang penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, dan penggabungan di antara badan-badan pelajar.

Antara beberapa peruntukan di dalam AUKU dan juga Kaedah-Kaedah Tatertib Pelajar (merupakan undang-undang kecil yang mengandungi semua peruntukan berkaitan dengan tataertib pelajar-pelajar dan dikuatkuasakan secara seragam di semua IPTA) dimana kaedah ini digubal oleh Lembaga Pengarah Universiti melalui perwakilan kuasa (delegated power) yang diberikan oleh Seksyen 16C (2 / 1) AUKU 1971, yang berlawanan dengan hak asasi manusia serta bersifat menindas dan perlu dipinda atau dimansuhkan segera ialah di dalam Kaedah-Kaedah Tatatertib Pelajar yang digunapakai di kesemua IPTA di negara ini dan juga praktis yang menjadi amalan kebanyakan IPTA, bidangkuasa berkenaan dengan hal-ehwal tatatertib pelajar adalah diwakilkan oleh oleh Naib Canselor/Rektor sesebuah universiti kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang kemudiannya akan membentuk Jawatankuasa Tatatertib Universiti/Pihak Berkuasa Tatatertib Universiti.

Merujuk kepada AUKU sendiri dan juga Kaedah-Kaedah Tatatertib Universiti, kuasa Jawatankuasa Tatatertib ini adalah amat luas dengan meliputi kuasa menyiasat, menjalankan pendakwaan, mendengar kes tatatertib dan menghakimi kes tersebut dan membuat keputusan serta menjatuhkan hukuman sekiranya pelajar yang dipertuduh itu didapati bersalah. Disamping itu juga, AUKU ini seharusnya diubahsuai ataupun dipinda sari semasa ke semasa. Ini disebabkan oleh perubahan zaman yang semakin lama semakin mencabar. Pelajar kini semakin berani untuk melakukan sesuatu perkara berbanding dengan pelajar dahulu. Oleh itu, pihak yang berwajib diminta untuk memantau dan menyelidik akta ini dari semasa ke semasa.
Sewajarnya sebagai negara demokrasi berperlembagaan, mahasiswa dan ahli akademik perlu turut sama diberi ruang untuk berkongsi rasa dan pandangan secara murni bersama-sama kerajaan dan pihak pentadbiran universiti bagi membentuk masyarakat dan negara yang adil serta sejahtera. Justeru, beberapa peruntukan-peruntukan tertentu di bawah AUKU yang antara lain didakwa menyekat dan mengawal hak kebebasan mahasiswa untuk berpersatuan, mengeluarkan pandangan dan berhimpun perlukan perhatian untuk diperbincangkan. Antaranya ialah Seksyen 15: Larangan ke atas pelajar atau organisasi, pertubuhan atau kumpulan pelajar selain diperuntukkan oleh Perlembagaan Universiti atau dibenarkn oleh Naib Canselor.

Setiap individu yang melakukan kesalahan sudah semestinya akan menerima hukuman. Tidak terlepas juga dengan pelajar yang melakukan kesalahan akan dihukum setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya lebih-lebih lagi dengan kesalahan mempersendakan isu-isu sensitif yang melibatkan agama. Kesalahan yang patut dijatuhkan kepada pesalah ini semestinya kesalahan yang berat. Jika sesutu kesalahan itu melibatkan pelajar, amaran akan diberikan dan seterusnya hukuman yang setimpal akan dijatuhkan. Salah tetap salah. Itu yang seharusnya dipegang oleh setiap individu.
Jika setiap pelajar yang melakukan kesalahan sentiasa akan dilindungi maka, setiap pelajar akan melakukan kesalahan dengan tidak memikirkan akibat yang akan diterima oleh mereka. Mereka hanya menganggap bahawa jika mereka melakukan kesalahan mereka akan sentiasa dibela. Oleh itu, setiap kesalahan pasti ada hukumannya.
Mahasiswa perlu diiktiraf sebagai generasi pelapis kepimpinan negara yang bakal menerajui kemajuan dan ketamadunan Malaysia pada masa akan datang. Justeru, usaha yang gigih tanpa disulami kepentingan politik perlu digarap oleh setiap segmen masyarakat demi melahirkan mahasiswa yang berjiwa pemimpin yang bakal mencorakkan kegemilangan negara.


Berdasarkan kepada topik perbincangan yang hebat diperdebat, terdapat beberapa perkara yang pada hemah penulis perlu disentuh dan dinilai dengan sewajarnya sebelum melontarkan tanggapan tertentu. Hal ini adalah penting dalam usaha memahami realiti dan suasana sebenar disebalik insiden yang berlaku. Dalam konteks perbincangan ini, kita sebenarnya tidak harus terburu-buru menuduh atau mengecop golongan mahasiswa/pelajar membuat onar dan huru-hara. Kita juga tidak perlu untuk sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman melulu kepada kelompok muda tersebut. Pasti ada sebab musabab yang mendesak golongan berkenaan bertindak sedemikian rupa. Kita bersifat profesional, mana yang benar kita pertahankan, mana yang salah kita adili sedalam-dalamnya. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berpelembagaan, maka semestinya kita punyai piagam dan panduan yang dirujuk dalam kerangka mengurus masyarakat yang bersifat “Multi-society”. Ketidaktenteraman dan kepincangan yang tercetus hendaklah ditadbir sebaik-baiknya berlandaskan kepada sistem perundangan negara yang ada.

Justeru, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) umpamanya sangat diperlukan bagi tujuan tersebut. Memang akta ini dianggap kejam, tidak adil, tidak telus dan pelbagai lagi tomahan yang pada asasnya memiliki kebenaran, namun keperluan kepada akta pemelihara ini tidak disangkal. Banyak pihak yang berusaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 seperti Parti Islam Se-Malaysia [PAS],Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kerajaan Amerika Syarikat juga pernah mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan." Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot selepasnya.Proses penambahbaikan terhadap akta ini ke arah yang lebih selamat dan adil boleh dilakukan dari masa ke semasa melalui pindaan oleh Majlis Eskekutif negara. Justeru, tidak timbul isu kekejaman yang dibangkitkan masyarakat apabila akta ini gunapakai.

Penilaian berikutnya yang perlu diteliti kesahihannya adalah berkenaan dengan keterlibatan pelajar dalam “mempermainkan isu-isu sensitif”. Seperti yang diketahui umum, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian khazanah budaya, adat, agama, dan kaum. Maka, disebabkan itu jugalah, rakyat di negara ini perlu sedaya upaya menjaga dan memelihara keunikan yang ada dengan cara tidak berlebih-lebihan dalam membangkitkan isu sensitif. Dari sudut lain, mungkin isu-isu sensitif seperti hak istimewa orang Melayu, penggunaan nama Allah, dan sebagainya boleh diperdebatkan diperingkat kementerian, namun perbincangannya mesti dikawal pihak berkuasa agar keselamatan dan keharmonian negara tetap terpelihara.
Lantaran itu, Akta Hasutan 1948 perlu digunapakai untuk tujuan tersebut. Akta Hasutan 1948 merupakan suatu akta undang-undang di Malaysia yang digubal untuk menghalang perbincangan yang dikatakan sebagai menghasut. Akta ini sebenarnya digubal oleh penjajah British pada tahun 1948. Akta ini menjadikan ucapan yang "mempunyai kecenderungan menghasut" sebagai suatu kesalahan jenayah.

Walaubagaimanapun, disebalik semua isu sensitif yang dibangkitkan, barangkali kita patut melihat semula motif dan matlamat mengapa isu tersebut wujud. Mungkin dari segi perlembagaan sebagai panduan tertinggi dan luhur negara menyatakan bahawa tidak ada masalah jika tuntutan sensitif itu dipenuhi. Misalnya, Prof Datuk Shad Saleem Faruqi yang merupakan seorang pakar perlembagaan berpendapat bahawa golongan bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri Malaysia. Sementara rakan sejawatannya iaitu Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengenai perkara itu, berkata, “Tiada larangan terhadap bukan Melayu (untuk menjadi perdana menteri). Bagaimanapun kita ada konvensyen (Malaysiakini).
Pada pandangan penulis, kerajaan pada hari ini perlu lebih bijak mendekati bukan sahaja golongan mahasiswa tetapi juga rakyat secara keseluruhannya. Pendekatan yang efektif dan praktikal adalah sangat perlu dalam usaha memahami keperluan dan kehendak semasa rakyat. Unsur-unsur ketidakpuasan rakyat terhadap pemerintahan dan pentadbiran negara juga akan dapat dikesan. Ini seterusnya memberi peluang kepada kerajaan untuk mendengar segala rintihan masyarakat yang mana jika ianya tidak dipeduli akan mewujudkan jurang sengketa yang besar antara kerajaan dengan rakyat. Ruang daripada sengketa itulah sebenarnya yang menggalakkan rakyat menyuarakan hak melalui demontrasi dan bantahan. Justeru kerajaan sebagai pemerintah negara haruslah bersifat peka dengan segala kehendak rakyat agar peristiwa atau insiden yang boleh merosakkan keharmonian masyarakat dapat dijauhi.
Kadangkala kerajaan pada hari ini sebenarnya lupa bahawa, golongan mahasiswa di negara ini merupakan antara kelompok penting yang memiliki autoriti tersendiri dalam menentukan arus pembangunan negara. Golongan ilmuan muda ini mempunyai rentak pemikiran dan daya usaha yang sinergi ke arah memastikan tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan sentiasa berkualiti dan berkuantiti. Mahasiswa juga merupakan pemangkin dan pemantap kepada modal insan negara melalui pengukuhan sistem pengajaran dan pembelajaran di Institusi pegajian tinggi awam mahupun swasta.

Justeru, tidak sewenang-wenangnya, mahasiswa dianggap seperti kebudak-budakan seperti di peringkat sekolah. Segala yang dituntut dan ditentang pasti mengandungi motif yang yang pada dasarnya menjadi hak mereka untuk dinikmati. Mahasiswa sebenarnya hanya mempertahankan hak dan keinginan mereka untuk menempuh alam kampus yang lebih adil dan demokrasi.
Menyoroti kes dan peristiwa lepas berkenaan dengan demontrasi mahasiswa, rasanya sudah tiba masanya untuk kerajaan melalui kementerian berkaitan memikirkan semula pendekatan berhemah dalam memantapkan golongan belia tersebut. Antara kes yang hangat suatu ketika dahulu ialah peristiwa di mana kira-kira 200 mahasiswa dari pelbagai universiti menyertai perhimpunan membantah proses PRK di Menara Tun Razak, Jalan Raja, Kuala Lumpur, sebelum berarak ke kompleks membeli-belah Sogo, kira-kira 500 meter dari situ.Pelajar berkenaan berhasrat untuk menyebarkan risalah kepada orang ramai dengan tujuan memberi penerangan serta mendapatkan sokongan agar mendesak demokrasi dikampus dipulihkan. Ketika sampai di Sogo, mereka diarahkan oleh polis supaya bersurai. Sembilan daripada mereka kemudiannya ditahan polis kerana didakwa gagal berbuat demikian. Mereka ialah Hilman Idham, Aizat Salleh, Mohammad Za'im Mustapha, Ahmad Shukri Kamarudin, Ahmad Syukri Abdul Razak, Mohammad Idris Yusoff, Fikhri Harun, Syahriul Ismail dan Ridhuan Jamil. (Sumber: Malaysiakini).
Manakala, dalam peristiwa yang lain pula ialah perhimpunan kira-kira 50 mahasiswa di Putrajaya semalam untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap e-undi, kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin. Semasa perhimpunan tersebut, dua pelajar dan seorang wartawan ditahan kerana didakwa tidak mengendahkan arahan polis supaya bersurai. Mereka terdiri daripada Shazni Munir Mohd Ithnin dan Mohd Shahruddin Mohd Rosli yang merupakan aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM) dan wartawan Harakah, Zainulfaqar Yaacob. Mohd Shahruddin dibebaskan sejurus selepas itu manakala Shazni Munir dan Zainulfaqar dibebaskan kira-kira jam 7 petang semalam setelah memberikan keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Putrajaya Presint 7. (Sumber: Malaysiakini)

Sebagai kesimpulannya, semua pihak khususnya pihak pentadbiran universiti disaran supaya tidak sewenang-wenangnya mentafsir perlakuan dan aktiviti mahasiswa yang membangkang sebagai musuh. Dalam pada itu, pihak kerajaan juga haruslah memberikan ruang yang lebih luas untuk golongan mahasiswa bergiat aktif dalam menyuarakan pandangan dan saranan terhadap sesuatu perkara walaupun ianya bersangkutan dengan isu sensitif. Langkah ini sebenarnya penting dalam usaha melahirkan golongan mahasiswa yang berdaya tahan, memiliki nilai insaniah yang tinggi, berilmu, dan beretika. Matlamat untuk melahirkan graduan universiti yang berintegriti dan mempunyai tahap kebolehpasaran yang tinggi juga pasti akan tercapai. Walaubagaimanapun, bukanlah bermaksud bilamana mereka melakukan kesalahan, mereka bebas daripada sebarang hukuman. Hukuman akan tetap diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat, darjat dan bangsa. Sebagai negara berperlembagaan, maka sudah semestinya perkara tersebut dipraktik secara menyeluruh dan konsisten. Cumanya, jangan terlalu mengongkong kehidupan dan aktiviti mahasiswa yang sedang dalam proses untuk menimba kepelbagain ilmu termasuklah ilmu kepimpinan dan politik.

Selasa, 19 Januari 2010

Wahai ilmuan mudaketahuilah, bahawasanya

Globalisasi itu luas konsepnya,

Pelbagai dimensinya,

Pelbagai juga keistimewaannya,

The Borderless of World sifatnya,

Menjadikan dunia seakan desa,

Merentasi benua, memintas masa,

Namun

Ada hitam dan putihnya,

Ada baik dan buruknya


BAHANA GLOBALISASI TERHADAP RUANG LINGKUP POLITIK

BAHANA GLOBALISASI TERHADAP RUANG LINGKUP "POLITIK"


Konsep globalisasi yang melanda dunia pada masa kini sebenarnya merangkumi beberapa variasi dimensi yang seharusnya jelas untuk ditanggapi umum. Kesemua dimensi tersebut masing-masingnya memiliki kriteria pengertian dan perlaksanaannya yang tersendiri berdasarkan kepada dua penggerak utama proses globalisasi iaitu faktor komunikasi serta faktor pengangkutan. Salah satu dimensi globalisasi yang sememangnya berlaku dan dapat dilihat dalam sistem kehidupan manusia sejagat di dunia pada hari ini ialah dimensi politik (Dimention of Political). Dimensi globalisasi dari sudut pandang politik atau pemerintahan ini adalah merujuk kepada suatu proses ketamadunan yang berkaitan dengan persoalan bagaimanakah suatu bentuk sistem politik yang wujud akan berinteraksi antara satu sama lain. Pada masa yang sama, ianya turut berperanan menjelaskan mengenai elemen-elemen kesalingbergantungan serta kesan-kesannya terhadap sistem pemerintahan di Negara-negara yang terlibat dalam proses pengglobalisasian dunia. Namun apa yang menjadi fokus perbincangan dalam sub topik ini ialah berkenaan dengan impak negatif globalisasi terhadap sistem politik atau pemerintahan sesebuah Negara, dan apakah strategi-strategi yang dianggap sesuai dan mapan dalam menyelesaikan kesan negatif akibat proses globalisasi tersebut.
















KENANGAN KEM MOTIVASI, PEKAN, PAHANG.
{Hidup Tanpa Gambar Ibarat Hidup Tanpa Kenangan}