Rabu, 13 Januari 2010

ETNISITI DI MALAYSIA

ETNISITI DI MALAYSIA


Malaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara yang sedang membangun. Kini, Malaysia bergerak menuju ke arah negara maju, seperti yang dicita-citakan dan dinyatakan dalam wawasan 2020. Pergerakan daripada negara mundur kepada satu negara yang mampu berdiri kukuh setaraf dengan negara maju yang lain ini berlaku dalam tempoh selama 50 tahun (1957-2008) iaitu satu jangka waktu yang cukup singkat menurut ukuran sejarah. Rentetan dan kronologi peristiwa yang berlaku dalam negara ini secara tidak langsung telah mendewasakan negara dan mematangkan masyarakatnya dalam menjalani kehidupan sebagai satu bentuk masyakat yang berbilang kaum atau dalam erti kata lain wujudnya Etnisiti dalam Sistem sosial di Malaysia. Daripada pengalaman yang lepas, kerajaan khasnya dan rakyat amnya telah sedar bahawa kemajuan dalam setiap lapangan sosial yang sedia ada sebenarnya tidak akan lengkap selagi mana Etnisiti tidak diorganisasi dengan betul berlandaskan peraturan dan norma-norma yang telah disepakati umum. Walaubagaimanapun, satu persoalan yang harus dijawab secara bersama melalui kerjasama dan perbincangan pelbagai kaum ialah sejauhmanakah pengaruh Etnisiti dapat dilihat dalam sistem sosial di Malaysia. Ianya, secara konseptual ilmiah mangajak kita semua untuk menilai akan keadilan, kebenaran serta keberkesanan pengaplikasian Etnisiti dalan sistem sosial tersebut. Sememangnya , banyak yang boleh diperjelaskan dalam merungkai setiap peranan dan tanggungjawab pelbagai kaum dengan berlandaskan batas-batas tertentu untuk dinilai kerelevenannya dalam sistem sosial di Malaysia. Maka dengan itu, segala isi kandungan perbincangan yang terkandung dalam esei ini, secara keseluruhannya akan menyentuh tentang sejauhmana pengaruh Etnisiti dapat dilihat dan dijelaskan dalam sistem sosial di Malaysia.



Perkataan Etnisiti adalah berasal daripada kata akar Etnik yang bermaksud sekelompok manusia yang mengamalkan budaya. Oleh yang demikian, konsep Etnisiti boleh didefinisikan sebagai rasa kekitaan kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya melalui nilai,sejarah, sikap, paradigma dan tingkahlaku yang sama. Dan jika konsep Etnisiti ini diaplikasikan ke dalam sistem sosial, maka secara praktikalnya kita dapat melihat wujud satu kelompok manusia berasaskan kaum yang berkerja dalam pelbagai lapangan pekerjaan di malaysia. Dalam kehidupan tersebut pula, jelas manampakkan semangat kekitaan setiap kaum.
Sebenarnya, terlalu banyak pengertian tentang Sistem Sosial ,hasil daripada santapan ilmu para cendiakawan itu sendiri dalam mendefinisikan makna dan konsep tulin akan sistem sosial. Namun, apa yang pasti pengertian konsep Sistem sosial tersebut adalah disandarkan serta dilandaskan kepada ciri dan nilai sesebuah budaya, sejarah serta pemikiran sesebuah masyarakat.


Satu aspek penting dan utama yang menjadi penanda jati diri masyarakat Malaysia ialah elemen keagamaan. Kepelbagaian agama dalam kalangan penduduk malaysia merencamkan lagi pola perbezaan jati diri yang sedia ada seperti bahasa, warna kulit, adat resam dan lain-lain lagi. Hakikaktnya, agama merupakan penanda jati diri yang kuat dalam menentukan aras pembangunan sesebuah bangsa dan negara. Namum demikian, apakah pengaruh Etnisiti terhadap agama yang boleh diperhati dan difahami kita semua?. bagaimanakah Etnisiti tersebut berlaku dalam keadaan masyarakat yang pelbagai latar belakangnya?. Persolan seterusnya yang perlu dirungkaikan ialah mengapa dan apakan justifikasi kepada pengaplikasian Etnisiti tersebut terhadap masyarakat Malaysia?. Terlalu banyak tanda tanya berkaitan hal Etnisiti dalam agama yang sudah pastinya memerlukan jawapan rasional, logik dan adil. Maka dalam memahami hal ini, satu yang boleh dikongsikan secara ilmiah dan bersama ialah setiap agama di negara ini, mahupun di negara lain sebenarnya mempunyai keperluan untuk berkorban terhadap kepentingan agama masing-masing. Mereka akan sentiasa berpegang kepada perjuangan berasaskan ajaran agama tersendiri. Justeru, situasi tersebut secara tidak langsung menampakkan rupa bentuk dan mekanisma Etnisiti dalam agama. Setiap masyakat bebas untuk mengamalkan ajaran yang terkandung dalam agama masing-masing. Ini termasuklah aspek Ibadah, Sambutan perayaan dan Ketuhanan. Jika sekiranya kepercayaan yang dianuti itu cuba diganggu oleh pihak tertentu, maka sudah pastilah ianya akan mewujudkan satu suasana negatif dalam masyarakat tersebut. Penganut agama tersebut akan cuba mempertahankan sistem kepercayaan mereka dengan sanggup melakukan apa sahaja sama ada melalui undang-undang mahupun kekerasan. Jika semua ini berlaku, maka jelas dapat dilihat oleh kita semua akan pengaruh Etnisiti dalam sesebuah. Walaubagaimanapun, pengaruh Etnisiti juga boleh mendatangkan kebaikan sekiranya masyarakat mengawalnya secara adil dan saksama.


Dewasa ini, masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya orang Melayu dari segi pakaian dan makanan. Contohnya, orang bukan Melayu segak menggayakan baju kurung dan baju melayu terutamanya pada hari jumaat dan fenomena ini sesuatu yang biasa bagi masyarakat bukan melayu. Justeru, apakah penilaian yang patut diberikan terhadap pengaruh Etinisti dalam aspek adat dan budaya?. Di sini, sesuatu yang boleh diperhati dan ditanggapi kita semua ialah wujudnya satu bentuk kebudayan campuran yang menjanjikan banyak manfaat serta faedah terhadap masyarakat Malaysia. Masyarakat luar akan melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang unik, harmoni dan aman disebabkan wujud persefahaman dalam mengamalkan adat dan budaya masing-masing tanpa menyentuh kesensitiviti kaum lain. Masing-masing mempamerkan keunikan adat dan budaya tersendiri seperti cara hidup, cara berpakaian, makanan dan sebagainya. Misalnya, kaum Melayu sentiasa berbangga dengan cara hidup mereka yang sering dilabel umum sebagai sopan santun dan peramah. Mereka juga sentiasa menonjolkan pelbagai jenis adat sebagai ukuran kepada nilai-nilai ketinggian budaya yang dimiliki mereka. Kaum Cina dan India juga semestinya turut mengagung-agungkan adat serta budaya masing-masing. Keadaan ini pastinya akan menggalakkan lagi keharmonian amalan hubungan etnik di Malaysia.



Peri pentingnya kita memelihara, memupuk dan menjamin kelangsungan hubungan etnik yang harmonis di Malaysia ialah satu fakta yang telah diterima umum oleh semua lapisan rakyat Malaysia. Tanpa diungkap secara terbuka, kita juga menerima bahwa hubungan etnik yang harmonis merupakan anak kunci sebenar kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara kita termasuklah pengaruhnya terhadap Sistem sosial di Malaysia. Namun demikian, kita perlu berhati-hati dalam berhadapan dengan sebarang bentuk masalah etnik seperti pengaruh Etnisiti yang tidak terkawal tanpa mempertikaikan hak-hak kaum lain. Masyarakat kita mestilah mempunyai tahap kematangan yang tinggi dan rasional sebagai persediaan kepada pembentukan masyarakat malaysia yang lebih bersatu padu, kukuh dan sejahtera dimasa yang akan datang. Berkenaan dengan pengaruh Etnisiti dalam Sistem sosial di Malaysia, saya secara peribadinya beranggapan bahawa perkara tersebut merupakan sesuatu yang normal dalam situasi masyarakat yang berbilang kaum. Sebenarnya, kita tidak mempunyai kekuatan untuk menghalang ianya daripada berlaku, malah besar kemungkinan ianya akan bertransformasi mengikut keadaan semasa. Tetapi kita mempunyai alternatif lain bagi membendung pengaruh Etnisiti dalam Sistem sosial tersebut daripada menjadi negatif. Nah! apa yang boleh kita lakukan? bagaimanakah proses tersebut? berkesankan ia?. Pertamanya, setiap kaum mestilah mencapai kata sepakat dan persetujuan terhadap hak-hak kaum Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan yang bersumberkan daripada Kontrak sosial. Hasil pemahaman itu, kemudiannya dipraktikkan ke dalam setiap aspek kehidupan dalam Sistem sosial untuk membolehkan kita mengawalnya dan mentadbir Etnisiti secar adil dan saksama berdasarkan pertimbangan yang wajar. Selain itu, proses penerangan terhadap masyarakat dipelbagai peringkat mestilah juga diteruskan melalui langkah-langkah tertentu seperti dialog, seminar, mahupun kempen-kempen yang berkaitan.




Selasa, 12 Januari 2010

ISU PENGGUNAAN NAMA “ALLAH” OLEH ORANG BUKAN ISLAM (KRISTIAN)

ISU PENGGUNAAN NAMA “ALLAH” OLEH ORANG BUKAN ISLAM (KRISTIAN)

Ini adalah isu yang sebenarnya sangat menarik perhatian saya selaku mahasiswa untuk melontarkan pandangan yang agak bertentangan dengan majoriti masyarakat Islam di Malaysia.
Pertama sekali saya terlebih dahulu ingin memohon maaf, sekiranya apa yang bakal disampaikan adalah sensitif bagi penganut agama lain.

Saya sebenarnya, tidak mempunyai masalah sekiranya hak penggunaan nama “Allah” itu diberi kepada agama lain khususnya agama Samawi yakni Kristian. Dalam Al-quran sendiripun ada merakam pernyataan sedemikian. Rentetan sejarah awal Islam yang lampau juga turut menyebut "Allah" sebagai merujuk kepada Tuhan orang2 bukan Islam. Oleh itu, saya melihat disini bahawa...persoalan yang penting dan harus difikirkan secara munasabah khususnya umat Islam di M'sia pada ketika ini ialah kewajipan untuk menjaga serta memelihara Akidah Tauhid yang Murni agar tidak mudah diserang oleh pemikiran liberal agama lain. Kadang2 umat Islam pada hari ini terlalu risau tentang 1 perkara yg sebenarnya tidak terlalu serius di mata agama tetapi bisu tentang 1 perkara yang sebenarnya dipandang serius oleh agama yakni kepentingan memelihara Aqidah yang 1. Walaubagaimanapun, sebagai menjaga dan mengelakkan kemaslahatan atau kepincangan masyarakat Msia yang berbilang kaum tercetus sehingga mampu menimbulkan rusuhan dan ancaman bahaya, maka saya kira penggunaan nama "Allah" buat masa ini haruslah disekat. dan kalaupun diteruskan juga mestilah dikawal penggunaanya agar tidak melanggar akta perkara (11) perlembagaan persekutuan negara.


Memang tindakan membakar pusat ibadat agama lain dan tindakan yang seumpamanya boleh mencetuskan permusuhan kaum serta agama di negara ini. Tetapi permusuhan tersebut tidak akan parah sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan yang cekap dan bijaksana. Saya mengambil peluang ini untuk menjelaskan kepada saudara Non muslim yang lain, sebenarnya tindakan membakar pusat ibadat seperti kuil dan gereja adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang bersifat Salam (sejahtera). Hatta dalam peperangan sekalipun, tentera Islam adalah diilarang melakukan beberapan perbuatan. Dan diantaranya ialah memusnahkan tempat2 ibadat agama lain. Ringkasnya, tindakan membakar tempat ibadat agama lain sememangnya akan mampu mencetuskan permusuhan antara kaum jika ianya berterusan keranaperkara tersebut adalah melibatkan sensitiviti dan hak kebebasan bergama di negara ini.


Saya ingin menyatakan bahawa, Isa sebenarnya adalah tidak bersifat Islamik untuk diamalkan oleh Msia sebagai sebuah negara Islam. Apa yang dipertikan dalam Isa adalah berkenaan dengan prosedur penahanan yang sebenarnya bersifat tidak adil kepada suspek dakwaan. Akan tetapi, dari aspek menjaga keamanan negara, saya berpendapat ISA boleh mencapai matlamat tersebut kerana ianya melibatkan tindakan penguatkuasaan oleh sebuah pihak yang sangat berautoriti di negara ini iaitu kerajaan. Saya cuma tidak bersetuju dengan isi kandungan ISA.


Tindakan yang sewajarnya untuk meneutralkan isu ini adalah melalui saluran perundangan, perdebatan serta dialog antara agama. Walaubagaimanapun, kaedah tersebut mungkin akan hanya dihayati oleh pihak executive tertentu dan bukanya org2 awam. Justeru saranan saya agar menyekat penggunaan nama “Allah” tersebut buat sementara waktu, dan kalaupun mahkamah memutuskan penggunaan nama tersebut oleh agama lain dibolehkan maka syarat atau guideline sebagai sekatan daripada menjadi "suatu dakyah" adalah satu keperluan yang sangat wajar seperti yang utarakan oleh Dr Asri Zainul Abidin (Mantan Mufti Perlis).


SEKIAN...